.

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fakta Pelik Tapi Menarik Tentang Negara Jepun Yang Ramai Tidak Ketahui

By Muhammad Addin Izni Hafni   Posted at  10:09:00 PG   Fakta No comments

Pernah ke negara Jepun? Mungkin ada yang sudah pernah tapi mungkin ramai lagi yang tak pernah kan. Kali ini ada beberapa fakta menarik yang dapat dikumpulkan tentang negara Jepun sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.

1. Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.

2. Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.

3. Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.

4. Walaupun mengorek hidung atau kencing ditepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.

6. Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

7. Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.

8. Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.

9. Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.

10. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun

11. Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.

12. Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar

13. Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.

14. Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat dirumah mereka.

15. Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.

16. Lampu trafik hijau disana dipanggil ‘biru’.

17. Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.

18. Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.


19. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.



Rahsia Disebalik Sejarah Kegunaan Poket Kecil Seluar Jeans Yang Ramai Tidak Ketahui

By Muhammad Addin Izni Hafni   Posted at  9:41:00 PG   Fakta No comments



Kalau dikira mengikut statistik, boleh kami simpulkan bahawa hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean. Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan, kenyataan tersebut tidak benar. 

Namun kami bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar. Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarah yang tersendiri.

Tapi pernahkah terlintas difikiran korang kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. 

Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. 

Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahun yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. 

Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”,  oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha berjaya Jakob Davis untuk bekerja sama dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. 

Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.


Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.



Petua Berkesan Hilangkan Jerawat Batu Dengan Mudah

By Muhammad Addin Izni Hafni   Posted at  9:27:00 PG   Petua No comments



Jerawat Batu ialah sejenis jerawat yang  sangat mengganggu penampilan. Malah saiznya lebih besar daripada jerawat  biasa.

Selain itu, jerwat batu juga lebih keras serta lebih sukar dihilangkan dari wajah. Lebih-lebih lagi jika jerawat batu tersebut mengeluarkan nanah. Sudah pasti ia akan membuat anda berasa tidak selesa untuk menjalani kehidupan seharian.

Walaupun kebanyakan orang mengaitkan jerawat batu dengan zaman remaja, namun hakikatnya berjuta-juta orang dewasa di seluruh dunia menghadapi masalah jerawat batu. Tidak kira sama ada anda seorang remaja atau orang dewasa, masalah jerawat batu boleh menganggu emosi.

Disebabkan masalah jerawat batu sukar untuk untuk dihilangkan, jadi jom kita lihat info untuk mengatasi jerawat batu.

Bagaimana jerawat batu terjadi?

Di bawah permukaan kulit terdapat banyak folikel (biasanya dipanggil liang roma) yang mempunyai kelenjar minyak. Kelenjar ini menghasilkan dan merembeskan minyak pelindung yang dipanggil sebum.

Semasa akil baligh, paras testosteron meningkat dalam kedua-dua jantina. Testosteron berlebihan ini dibawa ke dalam kelenjar sebum dan dengan itu ia meningkatkan pengeluaran sebum.

Pada masa yang sama, keratin dalam kulit menjadi melekit tidak seperti biasa dan menyebabkan sebum menutup liang roma dan mengelakkan kulit dari melakukan penggelupasan kulit.

Jika folikel terbuka, bahan keratin keluar melaluinya dan comedone akan terbuka seterusnya akan terhasil bintik hitam. Jika folikel tidak terbuka secukupnya, comedone tertutup dan akan terhasil bintik putih, seterusnya  keradangan boleh berlaku. Kebanyakan orang yang mengalami masalah jerawat batu mempunyai gabungan kedua-duanya.

Papules terbentuk di bawah permukaan kulit apabila dinding folikel pecah dan mencampurkan sel-sel darah putih dengan bakteria. Beberapa hari kemudian, papule ini boleh membentuk menjadi satu pustule (biasanya dikenali sebagai jerawat) apabila folikel itu menjadi merah dan mengandungi nanah.

Pustule ini boleh meletup dan merebak di kawasan kulit di sekitarnya untuk membentuk nodul atau sista dalam kes-kes yang teruk.


Adakah jerawat batu menandakan kulit kotor?

Ya. Jerawat batu berlaku apabila liang-liang roma pada kulit tersumbat. Hormon menyebabkan kelenjar minyak  menghasilkan lebih banyak minyak dan mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak.


Adakah makanan bergoreng dan coklat menyebabkan jerawat batu?

Makanan berminyak dan coklat secara amnya tidak akan menyebabkan jerawat untuk membentuk. Diet yang seimbang dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar akan sentiasa membantu keadaan kulit anda dan kesihatan anda.


Adakah ‘okay’ jika memicit jerawat batu?

Kebanyakan dermatologi menyarankan supaya jangan memicit jerawat. Ini  adalah kerana  keberangkalian untuk jerawat itu meninggalkan parut dan menjadi semakin parah sentiasa ada.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak sanggup membiarkan jerawat yang membonjol di atas muka anda, anda boleh ikuti kaedah memeecahkan jerawat ini:

Nyah jangkitan sebatang jarum dengan alkohol mengelap atau alkohol menggosok (contohnya Isocol atau Dettol)

Perlahan-lahan cucuk permukaan jerawat (lakukan ini sejurus selepas mandi, ketika kulit anda lembap dan hangat)

Gunakan tisu muka, mengenakan tekanan lembut di salah satu bahagian jerawat dengan jari telunjuk anda. Selepas nanah itu telah dikeluarkan, lapkan dengan tisu muka. Segera berhenti memicitnya jika cecair jernih atau darah keluar.

PENTING : Jika jerawat itu tidak pecah dengan mudah, jangan memaksanya. Jangan mencuba untuk pecahkannya, luka (sista dan nodul) akan terbentuk dan akan berasa sakit dan akan menyebabkan parut. Luka-luka ini memerlukan rawatan dermatologi.


Adakah ubat jerawat yang menggunakan bahan-bahan aktif seperti ‘benzoyl peroksida’ merupakan rawatan yang terbaik untuk jerawat batu?

Ubat jerawat yang menggabungkan benzoyl peroksida boleh mengeringkan kulit anda dan membawa kepada kemerahan, kegatalan, alahan dermatitis sentuhan dan melunturkan rambut serta fabrik.


Adakah cahaya matahari boleh membantu untuk membersihkan jerawat batu?

Walaupun  anda mungkin nampak suatu peningkatan kecil ke atas jerawat anda selepas terkena cahaya matahari, ini biasanya hanyalah untuk satu jangka masa pendek. 

Pendedahan kepada cahaya matahari akan menyebabkan kerosakan kepada kulit anda kerana kulit anda memulakan proses penyembuhan dan lebih banyak jerawat batu boleh berlaku.


Adakah jerawat batu hanya memberi kesan kepada remaja?

Jerawat batu bukan hanya masalah remaja. Hormon memberi kesan kepada ramai wanita yang berusia antara 20-an, 30-an dan kadangkala lewat 40-an atau pada masa menopause.



Faktor Penyebab Jerawat  Batu

- Alergi

Faktor alergi terhadap suatu makanan memang kerap menjadi pencetus munculnya jerawat batu, oleh itu kurangkan makan makanan laut seperti udang, ikan dan lain-lain yang boleh mencetuskan alahan.


- Sinar ultraviolet

Hindari dari terkena sinaran matahari yang terik.


- Pengambilan makanan

Mengambil makanan yang mengandungi lemak dan juga karbohidrat dalam hidangan yang sesuai, jangan terlalu banyak.


- Faktor keturunan
Keturunan kerap kali boleh menjadi salah satu faktor penyebab jerawat batu.


- Jenis kulit seseorang
Biasanya jerawat batu muncul pada kulit yang berminyak.



Petua Mengatasi Jerawat Batu

1) Limau dan kunyit

Limau dan kunyit diyakini dapat mengurangkan jangkitan dan keradangan pada kulit. Cara membuat ramuan ini adalah dengan menumbuk kunyit hingga halus. 

Kemudian campurkan  perahan limau dan sapukan ramuan tadi ke wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu bilas dengan air sejuk sehingga wajah bersih kembali.


2) Baking Soda

Salah satu cara menghilangkan jerawat batu secara semula jadi dengan cepat adalah dengan menggunakan baking soda. 

Cara membuat ramuan semula jadi ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh baking soda dengan air dan garam laut. 

Campuran itu akan membentuk pes yang nantinya akan anda sapukan pada wajah yang terkena jerawat. Biarkan selama 10 minit lalu bilas dengan air sejuk.


3) Kentang

Kulit kentang diyakini boleh memecah jerawat batu pada wajah. Gunakan kulit ini untuk menghilangkan jerawat batu secara semulajadi dan cepat.


4) Putih telur dan madu

Minyak berlebihan pada wajah akan mengakibatkan kekotoran pada wajah. Ramuan ini dapat membantu pengeluaran minyak pada wajah agar tidak berlebihan. 

Cara membuat ramuannya adalah dengan mencampurkan satu sudu teh putih telur dan satu sudu makan madu kemudian sapukan pada wajah.




Cara Mudah Hilangkan Kesan Bekas Jerawat Dengan Cepat Tanpa Mengeluarkan Modal Besar

By Muhammad Addin Izni Hafni   Posted at  9:14:00 PG   Petua No comments


Cara Menghilangkan Bekas Jerwat Dengan Cepat.Siapalah yang tak nak memiliki kulit wajah yang bersih tanpa bekas jerawat, kan? Cuba cara menghilangkan bekas jerawat dengan cepat ini ya.

Pasti semua orang mahukannya !! Untuk itu, jom kita tengok cara menghilangkan bekas jerawat dengan cepat?


Berikut Adalah Tipsnya :


1. Rajin Bersihkan Muka

Membersihkan muka secara teratur akan membuatkan sel-sel kulit mati tertanggal dan digantikan oleh kulit yang baru. Lapisan kulit yang berbintik-bintik hitam pun akan terhakis sedikit demi sedikit mengikut sel kulit dibuang. Jadi sebab itulah jangan abaikan rutin mencuci muka.


2. Gunakan Pelembab

Biarpun kulit anda mungkin jenis berminyak, namun anda tetap perlu memakai pelembab. Kulit berminyak juga memerlukan pelembab yang mampu memberikan nutrisi kepada kulit, mencegah regenerasi serta mengawal kulit kusam. 

Jadi, pilihlah pelembab yang mengandungi bahan asas daripada air dan anti jerawat agar tidak menimbulkan jerawat. Kulit yang sihat membuatkan bekas-bekas jerawat tersebut segera hilang.


3. Pilih Bedak Yang ‘Oil Free’

Bedak dapat menyamarkan bekas-bekas jerawat. Anda disarankan untuk memilih bedak yang ‘oil free’ ataupun tanpa minyak agar kulit muka anda yang berjerawat itu boleh bernafas, tidak menimbulkan bintik-bintik hitam serta membantu menyamarkan bekas jerawat.


4. Guna Produk Yang  SPF Tinggi

Untuk melindungi kulit adan daripada pengaruh sinaran matahari yang boleh memparahkan lagi bekas-bekas jerawat, sebaiknya anda gunakan kosmetik yang memiliki perlindungan sinaran matahari, SPF > 20. Cara ini juga dapat mengurangi bekas-bekas jerawat di wajah anda.


5. Pengambilan Makanan Yang Bervitamin & Berprotein

Makanan yang tinggi vitamin seperti yang terkandung di dalam buah-buahan segar serta sayuran hijau dapat membantu menjaga kesihatan kulit daripada dalam. 

Untuk mempercepatkan regenerasi sel, sebaiknya makanlah makanan yang tinggi protein. Apabila sel kulit cepat diganti, maka kulit yang ada bekas-bekas jerawat itu akan segera hilang.



Tips Ekstra

Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk menghilangkan bekas jerawat dengan cepat.


- Masker Putih Telur & Madu

Masker putih telur dan madu dikatakan dapat menghilangkan bekas-bekas jerawat dengang cepat. Caranya mudah sahaja, ambil putih telur yang sudah dicampur dengan madu, celup kapas dan tempelkan di muka selama lebih kurang tiga jam atau setelah ia benar-benar kering. Kemudian, bersihkan wajah.


- Kulit Kayu Manis

Serbuk kulit kayu manis juga boleh menghilangkan bekas jerawat dengan cepat. Jadikan serbuk kulit kayu manis tersebut menjadi pasta, kemudian sapukan pada bahagian yang bernoda serta berpori besar. Gunakan secara teratur pada setiap malam sehingga bekas jerawat tersebut hilang.


- Lidah Buaya

Lendir lidah buaya juga boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan bekas jerawat secara semulajadi. 

Sapukan lendir lidah buaya tersebut ke seluruh wajah secara merata, kemudian biarkan ia kering. Hilangkan masker tersebut dengan menggunakan air suam dan kemudiannya dibilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang bagus, gunakan dua kali seminggu.


- Mentimun

Mentimun bertekstur lembut dan sejuk di wajah kerana ia mengandungi vitamin C. Masker mentimun sangat sesuai buat anda yang memiliki jerawat jenis ‘batu’ dan bernanah.


Limau Nipis

Selain mampu menghapuskan pertumbuhan jerawat dengan cepat, limau nipis juga boleh menghilangkan bekas jerawat.. Kandungan vitamin C pada limau nipis boleh menghalang pengeluaran melanin pada kulit. 

Hasilnya, kulit wajah anda akan kelihatan lebih cerah, jerawat pudar serta bekas jerawat juga akan segera hilang.



Cara Mudah Dan Berkesan Bagi Mengatasi Keputihan

By Muhammad Addin Izni Hafni   Posted at  9:14:00 PG   Petua No comments

Cara Mudah Atasi Keputihan...Adakah anda pernah mengalami masalah keputihan dan ingin tahu cara atasi keputihan dengan berkesan?

Tahukah anda, keputihan adalah salah satu penyakit dalam faraj wanita yang sering berlaku. Faktor utama yang menyebabkan keputihan ialah apabila anda tidak menjaga permakanan yang betul. Ini akan membawa risiko keputihan kepada jangkitan kulat.

Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.

Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. 

Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.

“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.” Katanya.

Jangkitan kulat seperti ‘Candida Albicans’ selalu membiak di kawasan faraj. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos.

Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dijangkiti kulat yang lebih teruk sebanyak 15%.

Oleh hal yang demikian, faktor permakanan yang sihat perlu dititikberatkan ini kerana keputihan boleh menggangu aktiviti harian anda. Justeru itu juga, akan mengecewakan pasangan ketika melakukan hubungan intim anda, bagi wanita yang telah berkahwin.

Di bawah ini, terdapat cara-cara untuk mengatasi bau faraj bagi anda yang mengalaminya. Mungkin serba sedikit ia akan membantu anda dan jika anda mendapati ia kurang berkesan dan keputihan masih berterusan. Dapatkan pakar untuk menyelesaikan masalah faraj anda.


1. Minum 8 Gelas Air Putih / 2 Botol Besar Air Mineral / 4 Botol Kecil Air Mineral.

Apabila anda minum air yang banyak, ia akan menyebabkan anda akan selalu ke tandas dan membersihkan bakteria secara semulajadi. Ia juga menyingkirkan gula yang berlebihan di dalam badan, yang terjadinya bakteria yang menghasilkan bau faraj.


2. Mengekalkan Kebersihan Diri

Gunakan air untuk mencuci faraj anda. Setiap kali selepas menggunakan tandas. Anda boleh mencuci faraj anda dengan menggunakan sabun 4-5 kali sehari. Pastikan kawasan faraj anda bersih dan kering. Seeloknya biarkan rambut kemaluan anda pendek supaya kuman tidak dapat membiak.


3. Pemakaian Pakaian Dalam Jenis Kapas

Menurut Dr.Jaafar pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Seeloknya, pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Pemakaian ‘pantyliner’ lebih bagus supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

* Pakai ‘pantyliner’ yang ada kandungan sirih, tea tree dan sebagainya untuk menghilangkan bau vagina anda.


4. Tukar Pad Dengan Kerap Ketika Haid

Ketika haid, wanita seharusnya kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang memakai tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya selalu.

* Tampon ialah sejenis pad yang berbentuk silinder, sering digunakan oleh para atlet.

* Kebersihan yang rapi perlu dilakukan supaya faraj anda tidak gatal atau berlaku ruam.


5.Permakanan Menghilangkan Bau Faraj

Selain kebersihan, makanan juga berperanan terhadap bau khas yang keluar dari faraj anda. Makanan yang beraroma kuat seperti bawang putih dan rempah ratus dapat mengubah bau pada vagina. Bawang putih berfungsi sebagai anti-fungus dan juga anti-bakteria.


Permakanan buah-buahan sitrus juga membantu mengurangkan bau faraj anda. Ini kerana vitamin C kaya dengan anti oksidan dan mampu mengurangkan toksin dalam badan. 

Vitamin C adalah penting untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan meningkatkan sistem imunisasi.


6. Pengambilan Yogurt

Makanan selain yang disebut diatas ialah pengambilan yogurt. Yogurt kaya dengan kultur hidup atau lactobacillus, yang membantu menyeimbangkan pH faraj anda ke normal. Cuma mengambil 2 sudu yogurt asli setiap hari.



Connect with Us

Blogged

Blogged.my My Ping in TotalPing.com blog
ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Backlink - OhDunia.my CK Free Auto Backlink Kedai Backlink,Backlink Percuma backlink Blogger Tips And Tricks Photo Blog Blogs
Dak Cai

Chat

Follower's

Jumlah PelawaT-

Tempat Pengunjung

© 2016 .Dak Cai . By Dak Cai converted by Muhammad Addin Izni.
Powered by Dak Cai.
back to top